Sukan Hari Ini

Mourinho hormati Everton

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho menghormati pendirian Everton yang tidak mahu melepaskan pemain mudanya, John Stones musim panas ini.

Sebelum ini, The Blues membuat tawaran sebanyak £20 juta (RM110 juta) untuk pemain berusia 21 tahun itu yang menyertai Everton dari Barnsley pada 2013 dan menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun dengan kelab Goodison Park itu pada tahun lalu.

Tawaran itu ditolak tetapi laporan seterusnya dalam media British membayangkan Chelsea akan terus membida Stones sehingga berjaya.

Bagaimanapun, pengendali Everton, Roberto Martinez mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan menjual pemain bintang itu.

“Saya tidak kecewa, mereka ada hak untuk menentukan aturan sendiri di pintu perpindahan.

“Kita harus faham situasi ini dan inilah yang akan terjadi setiap kali di pintu perpindahan pemain. Bukan semua pemain yang kita nak akan dapat.

“Jika tawaran itu tidak diterima kali ini, kami akan buat penawaran musim berikutnya,” ujar Mourinho.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");