Membawang Hari Ini

P Ramlee The Musical, Lisa Surihani digugurkan?

BAGI mereka yang pernah menonton persembahan P Ramlee The Musical selama tiga musim yang lalu pasti masih mengingati kekuatan luar biasa para pelakon dan kru produksi ini.

Teater yang mengangkat kisah hidup Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai garapan utama itu bakal kembali lagi tetapi kali ini menerusi siri jelajah pementasan bermula di Dewan Sri Pinang Georgetown, Pinewood Iskandar Malaysia Studios Nusajaya, Johor dan Panggung Seri Taman Budaya Ayer Keroh, Melaka.

Membariskan Tony Eusoff sebagai P Ramlee, Nadia Aqilah sebagal Saloma dan Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai Norizan, musim ini nampaknya nama Lisa Surihani telah digugurkan daripada membintangi watak Junaidah (isteri kedua P Ramlee).

Tiara berkata, nama Lisa tidak disenaraikan kerana keadaannya yang kini hamil anak sulung dan perkara itu dipersetujui bersama ketika Lisa membuat panggilan telefon kepadanya, awal tahun ini.

Menurutnya, sewaktu mendapat panggilan telefon daripada Lisa, si cantik manis itu mahu memberitahunya dua berita, iaitu berita baik dan buruk.

“Saya terpinga-pinga dan cakap nak tahu berita buruk dulu. Kemudian Lisa kata, berita buruk sebab tak dapat turut serta dalam pementasan kali ini. Memang saya terkejut kemudian saya tanyakan apa berita baik pula? Jadi dia jawab dia akan ada baby.

“Ketika itu saya macam suka dan macam sedih. Dua perasaan bercampur baur. Saya gembira untuk Lisa sebab dah lama dia tunggu saat ini dan pada masa sama saya sedih sebab Lisa adalah individu terbaik untuk watak Junaidah dalam teater ini,” katanya yang turut memberi galakan untuk Lisa berehat seketika serta tidak terlibat dalam pementasan kerana kali ini, ia melibatkan siri jelajah yang panjang.

Proses ujibakat mendapatkan pengganti Lisa kini giat dijalankan bagi memainkan watak Junaidah. Ia melibatkan proses yang rumit kerana pelakon itu perlulah seorang yang pandai menyanyi dan berlakon serta melibatkan empat setengah babak.

Persembahan siri jelajah akan bermula di Penang iaitu negeri kelahiran P Ramlee, pada 28 Ogos melibatkan empat tayangan, diikuti empat persembahan di Penang bermula 4 September serta empat lagi di Johor bermula 11 September.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");