Sukan Hari Ini

‘Pastikan wilcard milik kita’

Malaysia akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan salah satu tiket wildcard untuk acara bola sepak akan diberikan kepada skuad negara pada Universiade 2017 di Taiwan.

Skuad negara gagal mendapatkan tiket automatik yang diperuntukkan kepada 12 pasukan terbaik apabila sekadar menamatkan saingan pada kedudukan ke-15 di Gwangju.

“Kita terpaksa bergantung kepada “simpati” tuan rumah pada 2017. Saya tidak boleh menjamin sebarang harapan namun pada peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM), kami akan melobi untuk bola sepak dipilih kerana ia sukan paling popular dan sentiasa mendapat perhatian berbanding sukan lain.

“Namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana perlu bersaing dengan negara lain seperti Thailand dan Indonesia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kontinjen negara Hazally Jali.

Tambahnya, pasukan yang dijangka dihantar berkemungkinan pelajar institusi pengajian tinggi sepenuhnya yang bermain di Liga Super, Liga Perdana dan Liga IPT.

“Jika pendedahan bermula sekarang, saya rasa sudah memadai untuk kita menghantar sebuah pasukan yang mampu bersaing dengan pasukan luar,” tambahnya.

Bagaimanapun jurulatih B-23 negara Datuk Ong Kim Swee berpandangan, sekiranya diberikan peluang, Universiade 2017 yang berlangsung pada Ogos bakal menjadi pendedahan berguna untuk skuad Sukan SEA 2017.

“Saya percaya ia bakal menjadi pendedahan berguna membabitkan enam perlawanan berintensiti tinggi. Jadi kita perlu bermula sekarang selepas kegagalan di Sukan SEA Singapura dan kelayakan AFC B-23,” jelasnya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");