Sukan Hari Ini

Peluang keluar zon penyingkiran

PENGENDALI sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hamid Ramli mahu pemainnya memanfaatkan sepenuhnya aksi menentang Kelantan untuk memastikan tiga mata mampu dibawa pulang.

Menyedari lawan yang bakal ditempuhi bukanlah mudah, Hamid percaya saingan sengit mampu dijelmakan kedua-dua pasukan untuk memastikan terkeluar dari zon penyingkiran ke Liga Perdana 2016.

“Kita akui lawan pastinya akan bangkit selepas keputusan seri menentang Sime Darby FC Sabtu lalu, mereka juga ingin keluar dari zon penyingkiran begitu juga kami.

“Apa yang boleh saya katakan, kedua pasukan akan bersaing sengit memburu mata dan mengharapkan kemenangan mampu berpihak kepada ATM,” katanya.

Mengulas barisan pemain yang bakal diturunkan, Hamid percaya gandingan pemain lama dan baharu (Piala Presiden) mampu memberikan keputusan positif.

“Kita akan turun dengan barisan yang ada, lama dan baharu, elak kesilapan mudah yang memberi ruang kepada lawan memburu gol.

“Memanfaatkan peluang terhidang selain fokus sepanjang perlawanan perlu andai ingin mengutip tiga mata,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");