Jenayah

Tiga ditahan jual nombor ekor

KOTA TINGGI: Tiga lelaki ditahan dalam serbuan di tiga premis dipercayai terlibat dengan aktiviti penjualan nombor ekor secara haram sekitar daerah Kota Tinggi, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, ketiga-tiga lelaki itu berusia antara 26 tahun dan 58 tahun, ditahan dalam Operasi Dadu yang dijalankan selama dua jam.

Beliau berkata, operasi bersepadu itu melibatkan serbuan di sebuah kedai di Jalan Hentian Teksi Felda Papan Timur, kedai Kopitiam Batu 9 Jalan Mawai dan Rumah Kedai Felda Bukit Waha.

“Polis juga merampas barangan iaitu tiga mobile printer, tiga telefon bimbit, 17 helai kertas ENE serta wang tunai RM336,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (ARJT) untuk siasatan lanjut. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");