Isu Panas

Pemimpin progresif PAS Johor sokong penubuhan Pakatan 2.0

BATU PAHAT, 6 Julai:
Pemimpin progresif PAS Johor akan memberi sokongan terhadap penubuhan Pakatan 2.0 dalam usaha untuk meneruskan hubungan yang sedia terjalin sejak bertahun lalu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolda Hassan berkata, beliau dan ahli progresif lain di negeri itu akan meneruskan sokongan terhadap pakatan itu walaupun tiada pakatan rasmi.

“Bekas gabungan Pakatan Rakyat adalah bermanfaat dan dengan Pakatan 2.0, pakatan pembangkang boleh terus menggunakan platform yang sama.

“Hari ini kita hidup dalam negara berbilang kaum dan agama, dengan gabungan ini (Pakatan 2.0) ia memberikan faktor penyatuan bagi kami di Johor,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post pada Majlis Badar Qubra Tongkang Pechah, semalam.

Aminolda, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani yang juga dikenali sebagai pemimpin progresif PAS berkata, beliau sememangnya mahu kerjasama dengan sekutu baru berdasarkan satu pertemuan yang akan diadakan antara pihaknya dan DAP selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, ahli politik berusia 55 tahun itu juga mengakui dia berada dalam situasi berikutan penubuhan parti Islam baru yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS.

“Pertama sekali, saya masih lagi ahli PAS dan terikat dengan peraturan dan undang-undang parti. Keputusan saya menyertai parti Islam baru ini juga berdasarkan keahlian dalam PAS,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu perkembangan penubuhan parti Islam baru oleh kumpulan pimpinan progresif PAS yang dipanggil Harapan Baru (G18) yang sebelum ini ditewaskan oleh golongan ulama pada pemilihan baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang dipilih dan ADUN masih diteruskan untuk rakyat.
Terdahulu, majlis yang hanya menjemput undangan hanya dihadiri oleh 100 orang yang kebanyakannya ahli progresif PAS.

Turut hadir pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Ketua DAP Johor yang juga Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng.

Anak kepada bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, Muhammad Faiz Fadzil juga turut hadir.
PAS Cawangan Tongkang Pechah juga turut mengagihkan barangan keperluan kepada 50 keluarga memerlukan di kawasan berkenaan.

Liew berkata, DAP hadir pada majlis PAS kerana ia dianjurkan oleh Aminolhuda dan kumpulan progresif.

“Majlis ini diadakan oleh kumpulan Harapan Baru yang seangkatan dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Kami (DAP Johor) berharap untuk bekerjasama dengan mereka dan diharap kita dapat mencapai Malaysia yang lebih baik berdasarkan rangka kerja dasar bersama,” katanya.

-http://bm.therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");