Membawang Hari Ini

Uprising Entertainment: Rai anak yatim

BIARPUN baharu berusia setahun jagung, Uprising Entertainment Sdn Bhd berjaya melakar sejarah manis tersendiri apabila mampu berdiri sebaris dengan deretan label syarikat pengurusan artis lain di negara ini.

Pengarahnya, Afdal Shahizad menyifatkan kejayaan itu berjalan seiring dengan keupayaan setiap artis naungan syarikat pengurusan itu yang dilihat mampu memberi sumbangan dan signifikan tersendiri dalam industri seni tanah air.

“Kami sentiasa bersemangat malah mengalu-alukan kerjasama dengan individu baharu yang punya keazaman tinggi untuk melebarkan sayap dalam lapangan hiburan.

“Pada masa sama, kami turut menyediakan khidmat perunding Perkhidmatan Awam (PR) kepada mana-mana yang berminat,” katanya.

Tambah Afdal, syarikat pengurusannya itu terus melangkah setapak ke hadapan dengan menerbitkan program berkonsepkan travelog yang bakal memulakan penggambaran pada penghujung Ogos ini.

Dalam pada itu, sempena menyambut Ramadan, buat julung kalinya, Uprising Entertainment Sdn Bhd menganjurkan program berbuka puasa sekali gus meraikan 48 anak-anak dari Rumah Anak Yatim & Miskin, Sungai Pinang, Kapar pada 20 Jun lalu.

“Ini adalah yang pertama anjuran syarikat ini.

“Pada masa sama, kami memberi peluang kepada barisan artis agar beramal bersama sempena ketibaan Ramadan,” katanya.

Majlis itu turut mendapat kerjasama daripada Fiq’s Gastronomy, Flux Media, Gaya Decor, Mastar Catering dan The Media Hustler selain dimeriahkan lagi dengan kehadiran, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Azalina Othman Said berjalan dalam suasana yang sangat meriah dan sederhana.

Lebih indah, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis naungan syarikat pengurusan itu seperti Kaka Azraff, Ummi Nazeera, Juliana Evans, Hafreez Adam, Nazrief Nazri, Raja Syahiran dan Afeeq Amir.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");