Jenayah

Pencuri sempat jamah kek, roti

SEREMBAN – Bukan saja memecah masuk, malah seorang penjenayah sempat menikmati kek dan roti ketika memecah masuk sebuah kedai kek dan roti di Lobak, di sini, semalam sebelum melarikan wang tunai RM4,000.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu hanya disedari pemilik kedai sebaik saja datang ke kedainya bagi membuat persiapan memulakan perniagaan.

Menurut sumber, mangsa terkejut mendapati barangan di dalam kedainya bersepah sebelum membuat pemeriksaan pada dua kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bahagian hadapan dan dapur.

“Berdasarkan rakaman CCTV itu, terdapat seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain ala pengganas IS dan memakai topi telah pecah masuk ke dalam kedainya.

“Dari rakaman itu, suspek kelihatan berlegar-legar di dalam kedai beberapa minit untuk mencari barangan berharga dan sempat makan kek dan roti yang terdapat di dalam kedai,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, suspek yang menyedari terdapat CCTV di dalam kedai mangsa juga telah menyapu krim kek pada kamera berkenaan untuk mengaburi rakaman.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek dipercayai masuk ke dalam premis tersebut menerusi tingkap kecil di dalam tandas dan melarikan diri dengan turut mengikut laluan sama.

“Suspek juga dipercayai menggunakan pisau dan tukul besi membuka laci dan peti menyimpan wang sebelum melarikan diri.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM4,000 apabila hasil jualan dua hari yang disimpan di dalam kedai dilarikan suspek,” katanya yang memberitahu mangsa belum membuat sebarang laporan polis.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");