Laporan Eksklusif

Tidak Akan Khianati Rakyat-PM

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia atau merampas harta mereka seperti yang didakwa oleh media antarabangsa baru -baru ini.

Memetik sumber daripada Mstar online, biarpun menjadi mangsa media sosial, beliau tidak akan membenarkan situasi tersebut menggugat atau menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Najib yang didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ) melalui penulisan artikel yang memetik ‘penyiasat yang tidak dinamakan’ mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

“Saya tidak akan khianati rakyat, itu janji saya.

“Saya menjadi mangsa serangan mereka bertubi-tubi kebelakangan ini kononnya saya songlap duit yang besar dalam akaun peribadi.

“Sebab itu pada sidang media tadi saya kata akan rujuk dengan peguam untuk menentukan tindakan susulan, tindakan undang-undang sama ada di dalam atau luar negara.

Najib turut menafikan pemindahan sebarang dana yang dikaitkan dengan beliau dan akaun peribadinya.

“Kita tak boleh benarkan pihak luar menggugat atau menjatuhkan Umno dan kepimpinan Barisan Nasional. Sebab kita dipilih oleh rakyat dan sistem demokrasi,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching, Ahad.

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat sebarang isu yang disebarkan oleh pelbagai pihak, ia memberi kesan daripada segi persepsi semua pihak.

“Matlamatnya bukan untuk mendedahkan kebenaran tetapi mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin,” katanya sambil menambah tindakan ini bagaimanapun tidak membina akal rakyat supaya lebih matang dengan pengisian fakta yang benar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");