Jenayah

Penjual sayur maut ditembak

KUALA LUMPUR – Seorang penjual sayur maut ditembak dua penjenayah yang menaiki sebuah motosikal di sebuah restoran di Pasar Borong Pusat Bandar Utara, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang sedang memunggah barang turun dari sebuah lori itu ditembak dari arah belakang, kira-kira jam 11.40 malam.

“Mangsa berusia 57 tahun itu terkena dua das tembakan. Suspek dipercayai berbadan sederhana, memakai jaket berwarna hitam, kemudian melarikan diri.

“Isterinya membawa mangsa ke Hospital Selayang, sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ada dua lubang di belakang sebelah kiri badan mangsa akibat kesan tembakan .

“Satu lubang di bawah ketiak sebelah kanan dan satu lagi lubang di bahagian perut. Manakala siasatan pasukan forensik menemui dua kelonsong peluru di lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");