Perak Hari Ini

Pinjaman Pendidikan: Hasil Kutipan Bayaran Balik Kurang Memberangsangkan

IPOH: Hasil kutipan bayaran balik bayaran bagi Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-Anak Negeri Perak sehingga semalam tidak memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Mohamad Amin Zakaria berkata, sehingga 27 Julai 2015, kerajaan Negeri hanya mampu mengutip sejumlah RM 854,064 daripada jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar di negeri itu.

PERAK TODAY 8

“Kutipan bayaran balik ini adalah sangat jauh berbanding sasaran bagi tahun 2015, Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak sebanyak RM6 juta.

“Tetapi sehingga semalam, hanya 14 peratus sahaja bayaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak dapat dikutip,” katanya dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dengan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), di sini, hari ini.

PERAK TODAY 4

Turut hadir ke majlis tersebut, Pengurus Besar Yayasan Perak, Abdul Razak Mohamed, ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta mahasiswa daripada beberapa buah institusi pengajian tinggi awam sekitar Ipoh.

Terdahulu, dalam sidang media yang diadakan pada April lalu, beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan Negeri telah bersetuju untuk tidak memberikan diskaun atau rebat kepada peminjam-peminjam Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak.

Dalam sidang media tersebut juga, kerajaan Negeri turut bersetuju untuk menyenarai hitamkan nama peminjam yang enggan membayar langsung pinjaman tersebut.

PERAK TODAY 3

Amin turut berkata, disebabkan kutipan bayaran semula yang tidak mencapai sasaran, kerajaan Negeri terpaksa menampung kos pinjaman pendidikan tersebut.

“Pada tahun 2013 dan 2014, kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM5 juta bagi Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak dan sebanyak RM7 juta pada tahun ini.

“Jika prestasi kutipan masih berada pada tahap yang sama, kerajaan Negeri mungkin terpaksa meningkatkan jumlah peruntukkan pinjaman tersebut,”tegasnya.

PERAK TODAY 5

Katanya lagi, kerajaan Negeri berharap agar semua peminjam dapat membayar tunggakan pinjaman tersebut dan dengan bantuan tersebut, kerajaan Negeri dapat menampung pinjaman pelajar-pelajar baharu yang menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Awam dan Swasta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");