Sukan Hari Ini

Pro Madza: Pelumba Malaysia Weiron Tan tawan litar Iowa

SINGAPURA: Pelumba Malaysia, Weiron Tan, mencipta satu lagi kejayaan apabila menjuarai pusingan ke-12 perlumbaan Pro Madza di Litar Iowa Speedway, di Iowa, Amerika Syarikat, hari ini.

Dalam penampilan kedua dalam litar berbentuk bujur itu, pelumba kereta pasukan #22 Andretti Autosport itu mendahului setiap pusingan perlumbaan 100-pusingan itu sebelum melintas garisan penamat dengan kelebihan 9.7 saat daripada rakan sepasukan.

Pada sesi kelayakan, Tan menduduki tempat ketiga tetapi memperoleh petak utama selepas pegawai perlumbaan mendapati tiga pelumba telah melanggar peraturan perlumbaan.

Sebaik sahaja bendera hijau dikibarkan, Tan memecut dan terus mengawal perlumbaan dengan mendahului pencabar terdekat dengan jarak lebih empat kenderaan.

Biarpun litar perlumbaan ditutup sementara, Tan memulakan perlumbaan semula apabila memperagakan kemahiran cemerlang menguasai litar berbentuk bujur sepanjang 1.408km, untuk merangkul kejuaraan keempat musim ini.

Mengulas kejayaan itu, Tan dalam kenyataan, di sini mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana membantu mencapai keputusan cemerlang apabila pasukan itu memenangi tempat pertama dan kedua.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Litar Mid-Ohio Sports Car di Lexington, Ohio dari 30 Julai hingga 2 Ogos ini. – BERNAMA

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");