Isu Panas

Rafizi, Tony dicabar beri penjelasan

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan mencabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk tampil memberikan penjelasan kepada umum terhadap penglibatan mereka seperti yang didedahkan di dalam video berdurasi tiga minit oleh bekas wartawan Lester Melanyi.

“Mereka adalah dua individu yang telah dinamakan dalam video itu… kita minta mereka beri penjelasan… jangan berdolak-dalik.

“Mereka perlu tampil dan ceritakan kepada rakyat apa kaitan mereka dengan perkara ini… kita perlu tahu,” katanya, semalam.

Rabu lalu, klip video tiga minit bertajuk “Pendedahan Kerja Pemalsuan Dokumen #1MDB Oleh Sarawak Report” telah dimuat naik di Youtube oleh Lester.

Dalam pengakuannya, Lester mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang lain terlibat dalam plot untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia yang kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.

Sohaimi berkata, beliau yakin Lester tidak akan berani membuat pendedahan sekiranya tanpa bukti yang kukuh.

“Kenyataan Lester ini sedikit sebanyak membolehkan kita mendapatkan maklumat untuk melancarkan siasatan polis. Buat masa ini, rakyat perlu bersabar dan bertenang,” katanya.

Sohaimi juga meminta satu siasatan segera terhadap pendedahan itu kerana hasil siasatan perlu dilakukan dengan segera kepada umum supaya perkara ini dapat menghapuskan keraguan di kalangan rakyat.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, beliau mengharapkan agar polis dapat mendedahkan segera individu yang terlibat mendapatkan dokumen tersebut.

Katanya, dokumen tersebut merupakan satu usaha mewujudkan sabotaj kepada kepimpinan perdana menteri dan memberi gambaran buruk kepada negara ini.

“Saya difahamkan segala pembelian dokumen tersebut dilakukan di Singapura. Saya berharap kerajaan memohon Singapura mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang membeli dokumen yang dijual oleh seorang penjenayah di negara itu.

“Ini penting bagi menutup segala persepsi negatif rakyat berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, konspirasi tersebut telah dirancang dengan teliti dan tersebar dengan meluas di media sosial.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");