Sukan Hari Ini

Punah angkara kecederaan pemain

HARAPAN Sime Darby mengutip tiga mata sulung saingan Liga Super seakan menjadi kenyataan, namun kecederaan pertahanan memaksa kemarau kemenangan kelab tercorot liga itu berterusan.

Pengendalinya, Ismail Zakaria berkata, segalanya hampir menjadi kenyataan tetapi Felda United bijak mengambil peluang kecederaan Juzaili Sameon meledak gol penyamaan.

“Pemain beraksi cemerlang 80 minit, mengatur gerakan memburu gol, itu memang tidak dapat dinafikan.

“Tapi kecederaan memaksa kami terpaksa berpuas hati satu mata malam ini,” katanya.

Dua kali mendahului lawan tetapi gagal memastikan keputusan itu kekal, Ismail melihat masih terdapat ruang boleh diperbaiki tetapi apa yang nyata pemain mempamerkan semangat tinggi.

Sime Darby terlebih dahulu di depan melalui jaringan Fahrul Razi Kamaruddin minit ke- 27 dan Marko Perovic pada minit ke-44 sebelum Felda United menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Liberia, Zah Rahan Krangar pada minit ke-33 dan Hadin Azman pada minit ke-81 untuk memastikan perlawanan berkesudahan 2-2.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");