Isu Panas

Putus hubungan tidak gugat PRU14

KOTA BHARU – Pemuda Pas Pusat yakin keputusan secara rasminya hubungan tahaluf siyasi Pas dan DAP terbatal tidak menjejaskan Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, masing-masing, DAP dan Pas mempunyai penyokong serta pengikutnya yang tersendiri.

“Sebagaimana tahun 2008, kita tanding PRU tanpa Pakatan Rakyat, cuma persefahaman agar tidak bertembung sesama sendiri sahaja.

“Rakyat semakin sedar bahawa Umno atau BN tidak boleh lagi diberikan mandat,” katanya demikian mengulas keputusan memutuskan hubungan secara rasmi dengan DAP, dan Pas mengekalkan tahaluf siyasi bersama PKR.

Beliau berkata, Pemuda Pas Pusat sokong keputusan Majlis Syura Ulama dalam soal itu sebagaimana diketahui tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam serta melanggar semangat kerjasama dalam aqidah, dasar serta matlamat Pas.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");