Perak Hari Ini

Singgah Sahur Dekati Golongan Kurang Bernasib Baik

BAGAN SERAI: Program Singgah Sahur yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali dilihat mampu merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan masyarakat di kawasan Bagan Serai.

Kata Azmi, program yang pertama kali dianjurkan tersebut turut memberi peluang kepada beliau untuk mendekati golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

PERAK TODAY 1

“Ini adalah pertama kali kita anjurkan… Biasanya di bulan Ramadhan, saya akan berbuka puasa dan bertarawih di masjid dan surau-surau yang berlainan.

“Di samping itu, kita tengok juga apa yang perlu dibaiki di surau dan masjid yang kita pergi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program tersebut, malam tadi.

PERAK TODAY 5

Ujar beliau lagi, pihaknya turut memilih beberapa buah rumah bagi keluarga yang kurang bernasib baik untuk menyampaikan bantuan secara terus.

“Banyak rumah yang kita pilih seperti rumah-rumah ibu tunggal, rumah yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dan yang mempunyai masalah-masalah yang lain.

“Bila program sebegini dianjurkan, saya akan cepatkan usaha supaya ada peruntukan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” tegasnya.

Beliau turut berkata, hatinya cukup tersentuh melihat kesusahan yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti itu.

PERAK TODAY 4

“Sepanjang program ini juga, kita akan beri bantuan yang sepatutnya seperti barang makanan dan sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka.

“Saya berazam untuk teruskan lagi program sebegini di Parlimen Bagan Serai dan kalau boleh, kita nak tambah beberapa hari lagi,” tambah beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");