Membawang Hari Ini

Sofi Jikan Kesal Pelakon Utama Tak Muncul Previu ‘Gangsterock’

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Sofi Jikan sedih dan kecewa apabila barisan bintang utama dalam filem arahannya Gangsterock tidak memberi kerjasama apabila gagal muncul semasa pratonton filem tersebut yang diadakan pada malam Rabu.

Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Soffi Jikan, 45, berkata, pelakon utama filem pertama arahannya itu tidak hadir dengan alasan mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

“Saya sangat sedih kerana bintang-bintang utama filem ini tidak dapat hadir, nasib baik juga saya nampak Saiful Apek datang kalau tidak saya rasa nak menangis.

“Bagi saya inilah yang terpaksa saya lalui apabila mengambil pelakon-pelakon popular kerana jadual mereka selalunya penuh termasuklah ada job lain. Saya minta maaf kepada pihak media dan penaja kerana ketiadaan pelakon-pelakon utama filem ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Sofi ditemui pada majlis tayangan media filem pertama arahannya Gangsterock, di Cineleisure e@Curve, di sini, malam Rabu.

Filem tersebut membariskan pelakon utama seperti Izara Aishah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Aqasha dan Saiful Apek.

Bagaimanapun, Sofi berkata, ia mungkin juga kesalahan daripada pihaknya yang mengadakan majlis tayangan tersebut dan undangan dalam jangka waktu pendek.

Sofi berkata, Izara sudah memaklumkan sedang bercuti di London manakala, Sharifah Amani kini berada di Singapura.

“Artis-artis nama besar ini perlu dimaklumkan awal supaya mereka boleh kosongkan jadual, mungkin silap pihak kami kerana memaklumkan majlis ini dalam tempoh yang pendek.

“Ada beberapa pelakon yang beri maklum balas dan ada yang tidak, macam Izara dan Sharifah Amani katanya berada di luar negara,” ujarnya.

Namun begitu, kata Sofi, kedua-dua pelakon wanita itu telah bersetuju untuk melakukan promosi filem tersebut menerusi media sosial, program televisyen dan radio pada minggu depan.

Filem Gangsterock mengisahkan tentang perjalanan seorang lelaki bernama Shake yang datang ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang penyanyi rock. Sepanjang perjalanan itu, dia menerima pelbagai ujian daripada kumpulan gangster di Kuala Lumpur.

Filem ini bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri bermula 17 Julai ini.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");