Perak Hari Ini

Taman Cempaka, Hot Spot Denggi

IPOH:Satu operasi x-Aedes dianjurkan secara besar-besaran hari ini bagi membersihkan beberapa lokasi  di Taman Cempaka yang telah disenaraikan sebagai kawasan lokasi panas apabila mencatatkan kadar jumlah tertinggi penularan kes wabak Denggi di sini hari ini.

PERAKTODAY2

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, wabak berkenaan masih belum dapat diatasi sehingga kini menjangkau selama 233 hari bermula November tahun lalu sekaligus menjadikan kawasan tersebut lokasi panas nombor satu penularan wabak Denggi di Malaysia.

Operasi itu juga telah melibatkan 406 orang daripada pelbagai agensi penguatkuasaan, badan sukarelawan  dan orang awam.

“Kita telah berjaya mengeluarkan Kampung Dato Ahmad Said (DAS) Tambahan 2 daripada senarai  lokasi panas yang mencatatkan jumlah tertinggi kes  wabak denggi dan kini kawasan Taman Cempaka pula mencatatkan jumlah yang tertinggi,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi secara besar-besaran dianjurkan kali ini adalah bagi membasmi pembiakan wabak berkenaan dan mengeluarkan kawasan Taman Cempaka daripada senarai kawasan lokasi panas.

PERAKTODAY7

“Kita akan adakan operasi di beberapa kawasan yang lain selepas ini,” katanya.

Terdahulu dalam operasi tersebut, rumah-rumah terbiar, kawasan semak dan lokasi berpontensi bagi pembiakan wabak tersebut di sekitar taman berkenaan telah dibersihkan dan sebanyak tiga rumah terbiar juga telah diberikan notis peringatan untuk diambil perhatian .

PERAKTODAY6

“Beberapa kawasan terbiar telah dikesan mempunyai jentik-jentik dan notis serta kompaun telah dikeluarkan berhubung situasi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas turut serta dalam operasi berkenaan yang turut dihadiri sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Juita Ghazalie dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

PERAKTODAY

Tambahnya lagi, kawasan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah diceroboh untuk tujuan penanaman sayuran telah diceroboh dan tindakan berhubung pencerobohan itu akan diambil sejurus selepas ini.

“Kawasan Taman Cempaka terus menjadi lokasi pembiakan biarpun pelbagai usaha telah diambil namun masih belum dapat diatasi sehingga kini,” katanya.

PERAKTODAY1

Di Taman Cempaka telah mencatatkan sebanyak 117 kes  wabak denggi malah pihak Majlis Bandaraya Ipoh berjaya mengesan 108 rumah terbiar,30 premis didaftar dengan alamat surat menyurat sama dengan alamat rumah terbiar, 54 beralamat  di luar daerah Ipoh dan selebihnya 24 buah rumah beralamat di Ipoh.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");