Jenayah

Terkejut Jumpa Cucu Mati Tergantung

MELAKA: Seorang warga emas terkejut apabila menemui cucunya mati dalam keadaan tergantung dalam bilik rumahnya di Kampung Duyung, di sini, semalam.

Kejadian disedari kira-kira 6 pagi apabila mangsa berusia 24 tahun yang berada dalam bilik berkunci tidak menyahut ketika dikejutkan saudara mereka.

Curiga dengan keadaan itu, saudara mereka kemudian memecahkan tingkap bilik berkenan dan mendapati mangsa sudah lama meninggal dunia berikutan keadaan mayatnya yang sudah kebiruan.

Warga emas terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Baba, 70, berkata, kali terakhir dia ternampak cucunya itu kira-kira 8 pagi kelmarin ketika dia pulang ke rumah.

“Biasanya, jika dia di rumah, waktu makan tengah hari dia akan makan bersama. Tetapi semalam arwah hanya berkurung di dalam bilik dan apabila dipanggil keluar tiada sahutan darinya.

“Subuh tadi (semalam), mangsa masih tidak menyahut ketika dikejutkan menyebabkan neneknya meminta sepupu arwah untuk memecah tingkap bilik sebelum ternampak tubuh arwah tergantung di tiang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Baba berkata, kejadian itu segera dimaklumkan kepada bapa mangsa berusia 53 tahun yang tinggal berhampiran, sebelum membuat laporan di Balai Polis Kandang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kes diklafisikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");