Sukan Hari Ini

Thiago Enggan Dabik Dada

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan Pilihan Malaysia, Thiago Junior enggan mendabik dada berikutan pujian melangit terhadapnya terutama daripada pengendali pasukan Dollah Salleh sejurus tamat aksi di Bukit Jalil, kelmarin.

Katanya, kejayaan mengikat skuad kendalian Brendan Rodgers itu hadir menerusi komitmen dan disiplin tinggi yang diperagakan semua pemain sejak dipanggil menyertai latihan pusat lagi.

“Pada saya, semua pemain dalam pasukan ini (Pilihan Malaysia) harus diberi pujian kerana semuanya sudah memberi aksi yang terbaik pada perlawanan ini.

“Begitu juga kepada barisan jurulatih yang tidak henti-henti menaikkan semangat dan motivasi kami supaya berada dalam kondisi terbaik sebelum turun beraksi.

“Walaupun seri ia keputusan yang perlu dibanggakan. Saya ucapkan terima kasih kepada Dollah kerana memberi kepercayaan sekali lagi selepas dipilih menentang Tottenham sebelum ini.

“Kepada rakan sepasukan juga terima kasih atas kerjasama baik sepanjang latihan pusat dan perlawanan,” katanya.

Sebagai rekod, Thiago bekas pemain skuad kebangsaan B-17 Brazil dan kini mewakili Perak dalam saingan Liga Super.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");