Jenayah

Trauma 2 kali rumah dimasuki pencuri

SKUDAI – Sepasang suami isteri berasa trauma apabila kediaman mereka di Taman Skudai Baru, di sini dipecah masuk dua kali dalam tempoh kurang tiga bulan.

Anak sulung pasangan warga emas itu, Pang, Chin Yian, 41, bagaimanapun menyatakan rasa syukur ibu bapanya selamat meskipun menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

“Kejadian pertama berlaku 22 Mei lalu, ketika ibu bapa saya keluar bersenam di kawasan sekitar rumah dan pulang kira-kira jam 8 pagi. Akibat kejadian itu barangan dan wang kira-kira RM10,000 lesap.

“Susulan kejadian itu, ibu bapa saya tidak lagi berasa selamat dan berulang alik Johor Bahru- Kuala Lumpur sambil menghilangkan rasa ketakutan,” katanya.

Chin Yian berkata, ibu bapanya telah bertolak ke Kuala Lumpur, malam Khamis lalu dan kejadian pecah rumah itu hanya disedari adik perempuannya, awal pagi semalam ketika singgah ke rumah.

“Mak saya berpesan kepada kami adik beradik, jika dia tiada di rumah, tolong tengokkan rumah dan siram pokok bunga, namun adik saya terkejut apabila mendapati rumah telah dimasuki pencuri kira-kira 8 pagi tadi (semalam).

“Sejak kejadian pertama, ibu bapa saya tidak menyimpan wang atau barangan berharga di rumah, setakat ini kita tidak tahu barangan yang dicuri dan menunggu mereka sampai dari Kuala Lumpur,” katanya.

Chin Yian berkata ibu bapanya telah menetap di situ sejak 1991 dan beberapa kes pecah rumah telah dilaporkan di kawasan tersebut.

“Pencuri dipercayai pecah masuk melalui tingkap, kerana kedudukan rumah saya ‘end lot’ sebelum ini pencuri masuk melalui pintu yang kini dimangga,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");