Jenayah

Wang tunai RM1.07 juta antara dirampas

Georgetown: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan narkotik Pulau Pinang merampas dadah bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di tiga makmal dadah di Bayan Lepas serta Butterworth, Selasa lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam serbuan itu lima lelaki berusia 27 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siastan.

“Selain dadah, kita turut merampas wang tunai berjumlah RM1.07 juta.

“Kita turut menyita empat kereta, sebuah motosikal, barang kemas dan jam tangan yang jumlahnya lebih RM300, 000,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Menurutnya, semua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");