Sukan Hari Ini

17 pesilat bertempur

Melaka: Kontinjen Persatuan Silat Melaka (PESAKA) bakal menghantar 17 atlet bagi menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Titiwangsa Kuala Lumpur, pada 9 hingga 12 September.

Setiausaha PESAKA Bibi Aishah Gobal Shah berkata, tiada sasaran khas buat kontinjen Melaka pada saingan bertaraf antarabangsa berkenaan berikutan pesilat Melaka bakal dibarisi muka baru yang juga atlet Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Kejohanan itu turut dianggap medan memberikan pendedahan kepada pesilat dari negeri ini untuk mempersiapkan diri sebelum beraksi pada SUKMA Sarawak nanti.

Menurutnya, kejohanan berkenaan akan memberikan pengalaman buat pesilat Hang Tuah dan kontinjen negeri lain berikutan turut disertai pesilat luar negara.

“Saya berharap semua atlet Melaka yang menyertai kejohanan ini akan berusaha menimba sebanyak mungkin pengalaman, kemahiran dan teknik dalam memperkasa diri untuk SUKMA kelak.

“Penyertaan kontinjen Melaka amat penting dalam misi kami untuk menyediakan atlet berjiwa kental dan tidak mudah mengalah bagi mencapai sasaran meraih tiga pingat emas di Sarawak,” katanya.

Latihan kontinjen Melaka yang berlangsung di Sekolah Menengah Seri Kota, dibimbing jurulatih Mohd Sharizan Che Omar.

Bibi Aishah berkata, beliau juga yakin tidak mustahil ada atlet yang bakal menyerlah menerusi kejohanan Terbuka Malaysia itu berikutan setiap pesilat menunjukkan komitmen tinggi ketika latihan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");