Perak Hari Ini

BERSIH 4: Kehadiran Tun M Satu Sejarah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH4 semalam, merupakan satu sejarah buat rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, kehadiran mantan Perdana Menteri yang pernah memerintah selama 22 tahun itu juga telah membuktikan bahawa Mahathir telah berubah pendirian.

“Ia adalah saat bersejarah bagi Malaysia dan saya fikir ia adalah satu detik bersejarah untuk Tun sendiri.

“Beliau pernah menentang kebebasan bersuara dan perhimpunan seperti ini suatu masa dahulu. Kehadiran beliau menunjukkan Dr Mahathir telah berubah dan ‘taubat’,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Ulas beliau lagi, ianya merupakan satu pengiktirafan kepada kuasa rakyat melalui BERSIH 4 dan ianya juga telah diperakui oleh Tun Mahathir.

“Lebih penting, beliau mengakui satu-satunya kumpulan yang membawa perubahan kepada Malaysia adalah rakyat Malaysia.

“Ia adalah satu pengakuan daripada Tun sendiri. Ini satu pengiktirafan kepada kuasa rakyat melalui BERSIH 4,” ujarnya.

Turut menyertai BERSIH 4, adalah anak Mahathir, Marina yang menghadiri himpunan tersebut bersama rakyat Malaysia yang lain di London.

Charles turut berkata, kehadiran Mahathir ke perhimpunan tersebut turut akan memberi kesan positif kepada rakyat.

“Saya merasakan Najib kini akan duduk dengan penasihatnya dan memikirkan apa yang perlu dilakukan, kerana sokongan Tun Mahathir membawa maksud besar kepada Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Mahathir dan isteri hadir ke perhimpunan BERSIH 4 di Dataran Merdeka, semalam dan meluangkan masa hampir 20 minit bersama peserta.

Beliau turut mengungkapkan ‘Teruskan, teruskan’ kepada para peserta manakala Tun Hasmah pula berkata ‘this is people power (ini kuasa rakyat)’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");