Perak Hari Ini

25,000 Paket Makanan Berkhasiat Dibungkus Untuk Golongan Memerlukan

IPOH: Dalam usaha untuk memerangi kelaparan, kakitangan Kumpulan Sunway telah membungkus dan mengedarkan kira-kira 25,000 paket makan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik di sini.

Seramai kira-kira 150 sukarelawan yang melibatkan kakitangan Sunway yang juga merupakan ahli Kelab Sosial Sunway (KSS) telah bekerjasama untuk membungkus makanan yang berkhasiat berkenaan.

PERAK TODAY 5

Menurut pengerusi program itu, Bernard Paul, sukarelawan akan membungkus beberapa jenis makanan untuk diedarkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan masyarakat Orang Asli di negeri Perak.

“Makanan tersebut termasuklah beras, kacang dal dan sayur-sayuran.

“Ia kemudiannya akan diedarkan ke beberapa kawasan antaranya Kg Sekam Tapah, Kg Chang di Bidor; Kg Air Bah Lawin di Gerik dan Kg Sg Lawin Selatan melalui projek Sahabat Orang Asli,” katanya.

PERAK TODAY 2

Beliau yang juga merupakan Presiden KSS berkata, program tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah projek CARE iaitu untuk mendekati dan membantu golongan yang tidak berkemampuan di negara ini.

“Inisiatif ini adalah sejajar dengan falsafah CSR kumpulan Sunway dan merupakan salah satu usaha sukarelawan terbesar kami yang akan melibatkan 390 pekerja dari seluruh negara untuk membungkus sejumlah 120,000 makanan bagi tahun ini,” katanya lagi.

Tahun lalu, Kumpulan Sunway telah membungkus lebih 100,000 paket makanan melibatkan cawangan Sunway seluruh Malaysia untuk diberikan kepada 1,000 masyarakat yang kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak dan juga keluarga miskin.

PERAK TODAY 3

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");