Panasnya Hari Ini

Bersih 4 : Peserta Akan Tidur Di Jalan Raya Ibu Kota

KUALA LUMPUR: Peserta yang menyertai himpunan Bersih 4 akan bermalam di atas jalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur apabila permintaan penganjur untuk berhimpun di Padang Merbok dan Dataran Merdeka telah ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihak penganjur telah menarik semula gesaan membawa khemah yang dianjurkan sebelum ini kepada peserta himpunan selama 34 jam itu yang akan bermula pada 29 hingga 30 Ogos ini.

“Kami sekarang menggesa peserta membawa beg tidur, selimut dan payung di samping makanan dan minuman.

“Oleh kerana Dataran Merdeka dan Padang Merbok tiba-tiba tidak boleh digunakan, peserta terpaksa bermalam atas jalan raya di Kuala Lumpur,” katanya, memetik laporan Malaysian Insider.

Ujarnya lagi, pihak penganjur berharap agar DBKL boleh menerima keputusan yang telah dibuat oleh kerana permohonan mereka ditolak pihak tersebut.

Tambahnya lagi, penganjur turut akur dengan permintaan DBKL untuk menyediakan satu tong sampah besar bagi mengumpul sampah daripada himpunan tersebut.

“Bersih 2.0 menggesa agar peserta menyimpan sebarang sampah yang mungkin terhasil seperti botol minuman dan pembalut makanan dengan mereka, sehingga ia boleh diletakkan di tempat mengumpul sampah.

“Bersih 2.0 juga akan melayani permintaan DBKL supaya kami menghubungi Alam Flora bagi menempatkan tong sampah besar tambahan,” ujarnya.

Maria turut berkata, pihak penganjur turut menyambut baik kenyataan daripada pihak DBKL untuk memastikan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) milik pihak berkuasa tempatan akan beroperasi sepenuhnya.

Janjinya lagi, beliau akan memastikan bahawa perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman tanpa ada insiden pencerobohan halangan berlaku.

Himpunan Bersih 4 akan turut diadakan secara serentak di Kuching, Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Perhimpunan yang akan berlangsung selama 34 jam tersebut adalah bertujuan untuk menuntut supaya pembaharuan seperti pilihanraya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah dan mengukuhkan demokrasi Parlimen serta menyelamatkan ekonomi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");