Perak Hari Ini

3,000 Sertai Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Perak

IPOH: Hampir 3,000 warga Ipoh dan sekitar hadir untuk menyambut Hari Kemerdekaan 2015 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), malam tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan untuk berangkat ke majlis tersebut.
17
Turut hadir mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Sarifah Zulkipli serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Majlis telah diserikan dengan persembahan kebudayaan, tarian, nyanyian dan deklamasi puisi daripada artis jemputan.
Persembahan tarian dan nyanyian itu menampilkan persembahan tiga kaum utama di negara ini yang merangkumi Melayu, Cina dan India.
11
Orang awam turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan terkenal, Sixth Sense yang mendendangkan beberapa buah lagu.
Sebaik jam mencecah detik 12 malam, laungan ‘Merdeka’ telah menggegarkan padang MBI oleh orang ramai.
14
Sementara itu, Zambry dalam ucapannya berkata, setiap orang dalam masyarakat perlu bersama-sama untuk memastikan Negara ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa.
9

“Hari ini kita berhadapan dengan pelbgai cabaran dugaan yang merentasi masa dan tempat.

“Tentunya dalam suasana ini kita memerlukan sekelian rakyat jelata dari segenap pihak untuk bersama-sama kita pastikan Negara yang tercinta ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa,”katanya.

2

Walaupun hujan renyai, orang ramai yang berada di luar khemah tetap tidak berganjak untuk bersama-sama dengan Sultan Nazrin menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.
Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak diakhiri dengan bacaan doa yang memohon supaya Malaysia terus berada dalam keadaan makmur dan sejahtera.
Terdahulu, sambutan ambang kemerdekaan dimulakan dengan Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2015.
19
15
13
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");