Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Sertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh 2015

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mencemar duli untuk berangkat menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh 2015.

Baginda turut diiringi oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, baginda tetap meneruskan kayuhan diiringi oleh tetamu kehormat yang lain.

Antara yang turut terlibat adalah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta barisan exco kerajaan negeri.

PERAK TODAY (SCJ) 3

 

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan
Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria turut menyertai kayuhan tersebut.

Baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah mengetuai kayuhan sejauh 10 kilometer (km) yang bermula kira-kira jam 9 malam.

Sebelum itu, Sultan Nazrin Shah turut berkenan melepaskan kira-kira 1,000 peserta yang terlibat dalam kayuhan sejauh 15km.

PERAK TODAY (SCJ) 2

Antara jalan yang dilalui oleh peserta adalah Jalan Sultan Abdul Jalil, Jalan Raja Di Hilir, Jalan Brash, Jalan Golf Club, Jalan Sultan Iskandar Shah, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan S.P. Seenivasagam dan Jalan Sultan Idris Shah.

 

Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh 2015 tersebut dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama daripada beberapa agensi.

Antaranya Tourism Malaysia, Tourism Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan RELA.

Program ini merupakan kali kedua selepas penganjurannya pada tahun 2014 yang disertai oleh lebih kurang 1,400 peserta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");