Isu Panas

Adakah kertas pertuduhan Najib memang wujud?

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar baru-baru ini mungkin wujud apabila polis menjalankan siasatan ke atas kebocoran maklumat itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, meskipun penafian telah dibuat oleh Peguam Negara yang baharu dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali namun, siasatan dijalankan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Kertas dakwaan yang disiarkan di Sarawak Report yang menyebut mahu dakwa Najib atas rasuah. Benar atau tidak? Peguam Negara kata tak benar, palsu, tidak berasas. OK lah.

“Tapi polis siasat, tangkap pegawai-pegawai SPRM kerana mahu tahu kenapa kertas dakwaan boleh bocor? Bukankah itu bermakna kertas dakwaan itu wujud?,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Himpunan Rakyat di Pandan Indah, malam tadi.

Sebelum ini, Mohamed Apandi menafikan kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap Najib dan menyifatkan dakwaan Sarawak Report itu palsu.

Katanya, format kertas pertuduhan itu tidak betul atau ditulis oleh pejabat beliau.

Beliau menegaskan siasatan pasukan petugas khas masih belum selesai, oleh itu mustahil berdasarkan undang-undang bagi kertas pertuduhan itu dirangka lebih awal.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");