Sukan Hari Ini

Platform nilai bakat pemain

PENGANJURAN Liga Bola Sepak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) edisi kedua menjadi platform penilaian bakat pemain untuk diserapkan ke Felda United pada depan, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malek berkata, usaha itu sejajar komitmen memartabatkan program sukan khususnya bola sepak melibatkan generasi Felda seluruh negara ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, pemain yang berkebolehan sepanjang saingan liga itu akan dinilai sebelum diserapkan dalam Persatuan Bola Sepak Felda United pada masa depan.

“Ini kerana matlamat kita untuk jadikan Felda United dibarisi pemain dalam kalangan warga Felda itu sendiri secara keseluruhannya sebagaimana pasukan negeri yang bertanding dalam saingan Liga Super ketika ini.

“Justeru, saya mengharapkan 11 pasukan yang bertanding pada kali ini mampu menampilkan aksi lebih mantap bukan sahaja bagi merebut kejuaraan tetapi juga kedudukan untuk beraksi dalam Liga Malaysia suatu hari nanti,” katanya.

Mengenai saingan Liga Felda yang membuka tirainya minggu lalu, Anuar berkata, peluang setiap pasukan bertanding merebut gelaran juara masih terbuka luas apabila masing-masing melakukan persiapan awal menghadapi kejohanan itu.

Katanya, dia difahamkan lebih 150 pemain tampil dalam setiap sesi uji bakat di setiap negeri melibat rancangan, zon dan juga wilayah dalam usaha memperkemaskan pasukan masing-masing bagi menyahut cabaran sengit musim ini.

“Saya percaya melalui penyatuan bakat golongan warga Felda ini bakal menjadi pasukan pelapis bagi Felda United pada masa depan seterusnya mampu mengembalikan semula kegemilangan suatu ketika dahulu,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");