Sukan Hari Ini

Adidas perkenal but berteknologi tinggi

KUALA LUMPUR – Jenama sukan terkemuka dunia Adidas melancarkan rangkaian but bola sepak terbaharunya iaitu X15 dan ACE15 di bawah Kempen Bola sepak Musnah dan Kawal.

Bersempena majlis pelancaran tersebut, Adidas turut menganjurkan satu siri pertandingan bola sepak ‘2 lawan 2’ dan pemenang bertuah bakal menyaksikan perlawanan Manchester United secara langsung di Old Trafford selain membawa pulang but tersebut.

X15, yang direka khas untuk penyerang dan pemain pertahanan, menampilkan teknologi Techfit Collar yang memberi sokongan serta dakapan selesa pada buku lali pemakai.

Menggunakan tapak X-Claw untuk memberi cengkaman lengkap serta mendapatkan sentuhan X-Skin yang terdiri daripada satu sistem tiga lapisan kompleks yang menjamin keselesaan.

Model ACE15 pula direka untuk mengawal menggunakan bahan buatan tiga dimesi, Control Web untuk memberikan kawalan bola yang unggul. Menampilkan ciri-ciri istimewa lain termasuk konfigurasi tetungku baharu yang membantu pemakainya memiliki kawalan penuh ke atas bola penuh ketika mengelecek lawan.

But tersebut dijual di semua kedai dan peruncit bertauliah Adidas dengan harga RM790. Maklumat lanjut X15 dan ACE15 boleh diperoleh di www.adidas.com/bethedifference.

– http://www.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");