Isu Panas

Ahli Umno fail saman kepada Najib

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Umno memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Ainina Saadudin, 40, selaku plaintif yang memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi melalui Tetuan Haniff Khatri turut menamakan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan kedua.

Melalui penyata tuntutannya, Ainina mendakwa Najib sebagai pemegang amanah konstruktif Umno telah melanggar Perlembagaan Umno dan peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu Ainina mendakwa, perdana menteri telah bertindak pecah amanah dan melanggar kepercayaan yang diletakkan kepada beliau sebagai pemegang amanah konstruktif Umno.
“Najib atau Majlis Tertinggi Umno telah bertindak ultra vires dan melakukan ‘fraud’ terhadap ahli Umno,”dakwanya.

Sehubungan itu beliau menuntut perintah injunksi agar tindakan disiplin diambil terhadap defendan gantirugi dan kos.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");