Sukan Hari Ini

Van Gaal puji kekuatan mental Rooney

WAYNE Rooney sekali lagi diberikan pujian pengendali The Red Devils, Louis van Gaal selepas hatriknya membantu Manchester United menewaskan Club Brugge 4-0 dalam aksi penentuan ke saingan Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Van Gaal berkata, beliau tidak pernah meragui kemampuan kapten England itu untuk mendapatkan semula sentuhan penyudahnya.

“Saya sentiasa beri dia keyakinan, sesuatu yang diperlukan pemain tetapi saya fikir Rooney memiliki mental kuat dan mampu kembali pada tahap seperti itu.

“Dan dia buktikan pada malam ini (Rabu) namun perjalanan masih jauh buat dirinya dan bagi Manchester United, ia bukan perkara mudah. Tapi sudah tentu, saya sangat gembira dengan prestasinya,” kata pengendali kelahiran Belanda itu.

Rooney sebelum ini ketandusan gol dalam 10 perlawanan sekali gus menimbulkan tanggapan dia mungkin tidak serasi beraksi sendiri sebagai penyerang Red Devils mengikut sistem Van Gaal.

Pada aksi itu Red Devils menang agregat 7-1 untuk sekali gus mara ke peringkat saingan kumpulan dengan tiga gol Rooney itu menerusi umpanan daripada Memphis Depay, Ander Herrera dan Juan Mata.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");