Perak Hari Ini

Ahli UMNO Perlu Elak Kekeliruan- Ahmad Zahid

LENGGONG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan supaya ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mudah terkeliru dengan pelbagai serangan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak terhadap parti keramat itu.

Katanya, kekeliruan sengaja ditimbulkan untuk memecahbelahkan ahli-ahli parti, seterusnya bertindak menjatuhkan parti.

“Musuh diluar menyerang kita…kadang-kadang musuh di dalam pun turut menyerang kita dengan lebih hebat lagi.

“Kekeliruan yang sengaja diwujudkan adalah untuk memecahbelahkan kita dari dalam. Sebagai pemimpin, kita harus membetulkan yang dari dalam yang selalu memberi kekeliruan kepada ahli parti,”katanya.

6

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong,  petang tadi.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa pihak pembangkang kini sentiasa mencari jalan untuk melihat UMNO dan BN kecundang dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

“Pembangkang mahu melihat kita kecundang dalam PRU ke-14 dan kaedah yang digunakan ialah dengan mencari jalan supaya kredibiliti pemimpin itu dijatuhkan samada melalui pilihanraya atau kaedah lain.

“Insya-Allah, selagi saya bersama pemimpin kita, dan kita bersama-sama, kita akan pastikan jangan ada parti lain selain daripada UMNO dan parti komponen dalam BN ambil alih kerajaan sedia ada,”katanya.

Terdahulu, beliau telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM1.45 juta untuk menaiktaraf dan membaikpulih beberapa buah masjid dan surau di kawasan Lenggong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");