Sukan Hari Ini

Porto harus waspada hadapi Chelsea

JURULATIH Porto, Julen Lopetegui mengakui perlu berhati-hati bertemu pasukan dalam Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Undian awal pagi semalam menyaksikan Porto diletakkan bersama jagoan England, Chelsea, Maccabi Tel-Aviv dan Dynamo Kiev.

Katanya, pasukan yang perlu diberi keutamaan adalah The Blues kerana menurutnya juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menjadi pilihan utama mara dalam kelompok 16 terbaik.

Lopetegui memberitahu, sesuatu membimbangkan dirinya adalah mengenai Jose Mourinho yang pernah membimbing Porto satu ketika dahulu.

“Kami masuk dalam kumpulan yang hebat dan sulit. Ada beberapa pasukan yang menjadi juara di liga masing-masing. Salah satunya adalah juara EPL, Chelsea yang miliki sejumlah pemain ternama dalam skuad.

“Mereka juga memiliki pelatih yang arif mengenali Porto dan bola sepak Portugal dengan baik,” kata Lopetegui kepada UEFA.com.

Namun demikian, Lopetegui masih tetap optimis dan yakin untuk membuktikan kualiti Porto pada aksi sebenar kelak.

“Kami harus bekerja keras dan menunjukkan kepercayaan diri. Kita lihat pasukan mana yang akan menjadi yang terbaik di atas padang nanti,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");