Perak Hari Ini

Anak Merdeka!

IPOH: Sehingga jam 2 petang tadi, seramai tiga bayi Merdeka telah dilahirkan di Hospital Pantai Ipoh (HPI), di sini.

Tiga bayi tersebut ialah dua bayi lelaki berbangsa Melayu dan seorang bayi perempuan berbangsa Cina yang selamat dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos 2015.

Seorang ibu, Nur Zawani Johari, 31 berkata beliau tidak menjangka akan melahirkan anak Merdeka kerana doktor telah menjangkakan beliau bersalin pada 14 September depan.

“Saya tak sangka akan melahirkan bayi lelaki pada tarikh yang penuh bermakna ini sebab doktor menjangkakan saya akan bersalin pada 14 September ini.

“Anak sulung saya, Nur Zara Arissa 2, turut lahir pada tarikh yang bermakna iaitu pada Maulidur Rasul. Alhamdulillah, saya dah ada sepasang anak,”katanya.

PERAK TODAY 1

Beliau yang merupakan seorang kakitangan swasta berkata, beliau mula berasa sakit sekitar jam 2 pagi dan terus dibawa ke HPI dan selamat melahirkan pada jam 5.19 pagi.

Katanya, beliau sudah mempunyai beberapa nama untuk diberikan kepada anak keduanya yang seberat 3.05 kilogram (kg) itu.

Beliau yang turut ditemani suami, Saiful Zaimi Zamzuri 35, kelihatan cukup gembira dengan kehadiran cahaya mata mereka kedua mereka.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Aznatul Sharudin 33, juga turut tidak menjangkakan anak ketiganya akan lahir di saat seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut Hari Kemerdekaan ke 58.

Beliau yang bekerja sebagai Pembantu Pegawai Kesihatan (PPK) Hospital Batu Gajah berkata, beliau mula berasa sakit sejak pukul 4 pagi dan suaminya, Wan Fauri Razman 39, terus membawa beliau ke HPI.

PERAK TODAY 3

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.25 kilogram pada jam 8.53 pagi. Saya pun tak sangka sebab doktor jangkakan saya akan bersalin pada 3 September ini.

“Perasaan bila melahirkan anak di Hari Kemerdekaan…saya rasa sangat bertuah. Tambahan pula, bayi ini adalah anak lelaki sulung dalam keluarga saya,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Choong Kein telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram pada jam 1.16 tengah hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");