Sukan Hari Ini

Arsenal tak putus asa

ARSENAL kini masih tidak berputus asa memburu khidmat Gonzalo Higuain sebaliknya akan berusaha keras membawanya beraksi di Emirates pada Januari tahun depan.

Malah, pengurus The Gunners, Arsene Wenger buntu membawa masuk pemain berstatus bintang baharu sejak merekrut Petr Cech dari Chelsea.

Namun begitu, kelab majikan Higuain, Napoli tidak mahu menjual pemain kebangsaan Argentina yang mencecah nilai RM80 juta.

Terbaharu, Higuain berada dalam radar Arsenal selepas percubaan membeli Karim Benzema dari Real Madrid menemui kegagalan.

Tetapi, sumber rapat kelab memberitahu, Arsenal akan bersemuka dengan pihak Napoli dan berusaha mendatangkan penyerang itu pada awal Januari 2016.-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");