Berita Hari Ini

ASEAN tidak boleh tangani masalah era digital menggunakan minda analog

KUALA LUMPUR 22 Ogos – ASEAN tidak boleh menangani masalah era digital menggunakan minda analog, terutama dalam ekonomi yang kini berubah pantas, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Kita menyedari sepenuhnya bahawa persekitaran ekonomi sudah berubah. Anjakan tektonik ini berlaku dalam ruang masa yang lebih pantas daripada biasa. Pendeknya, kita perlu ubah minda,” katanya pada perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-47 dan beberapa mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mustapa berkata, senario semasa kini berbeza berbanding persekitaran ekonomi dan politik beberapa bulan yang lepas.

Anggota ASEAN kini mesti menyegerakan penggunaan teknologi maklumat (IT) bagi melancarkan perdagangan dan pelaburan sesama anggota ASEAN serta menyediakan platform berasaskan elektronik untuk sektor swasta menjalankan perniagaan di rantau ini, termasuk menangani aduan perdagangan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");