Sukan Hari Ini

Bach puji layanan baik Malaysia

Kuala Lumpur: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach (gambar) memuji layanan baik Malaysia ketika menjadi tuan rumah Persidangan Ke-128 OIC, yang berakhir semalam.

Bersempena persidangan dari 31 Julai hingga 3 Ogos itu, Malaysia juga menjadi hos mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC dari 28 hingga 30 Julai.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, Malaysia, dan penganjurnya.

“Ucapan terima kasih kami pertamanya ditujukan kepada para sukarelawan, yang menyambut kami setiap pagi dan kehadiran mereka sungguh menceriakan suasana. Antara mereka ialah bekas atlet Olimpik,” kata Bach ketika menyampaikan ucapan pada penutupan persidangan itu.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tunku Imran Tuanku Ja’afar atas dedikasi beliau hingga membolehkan persidangan itu berlangsung dengan penuh kejayaan.

Pada majlis itu juga, Bach menyampaikan Trofi Presiden IOC kepada Tunku Imran bagi menghargai sumbangan besar Malaysia sebagai tuan rumah persidangan itu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");