Membawang Hari Ini

Tolak tawaran berlakon kerana badan masih besar

BIARPUN memutuskan untuk ‘bercuti sementara waktu’ dalam bidang lakonan, aktres Almy Nadia bagaimanapun mengakui rindu untuk kembali beraksi semula.

Apa tidaknya, isteri kepada aktor terkenal Fizz Fairuz ini telah berkecimpung dalam bidang yang diminatinya itu sejak hampir 10 tahun lalu.

“Sebenarnya, saya ada juga menerima tawaran berlakon sehingga ke hari ini. Tapi, saya terpaksa menolaknya kerana masih berbadan besar.

“Saya rindu sangat nak berlakon kerana bidang inilah saya ‘cari makan’. Malah, jatuh bangun saya juga semuanya dalam bidang ini,” katanya kepada Zass.

Tidak meletakkan sasaran tertentu untuk terus bercuti, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui rela mengorbankan kerjaya dan bentuk badannya sejak melahirkan anak pertama, Nur Afrina Ariana yang kini berusia lima bulan.

“Apabila saya bercuti, rupa-rupanya banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik itu. Sehingga hari ini, saya menjaga anak sendiri dan tidak mendapatkan perkhidmatan pengasuh. Insya-ALLAH, saya akan terus menjaganya sehingga dia membesar.

“Ketika saya hamil, berat badan saya naik sehingga 40 kilogram. Walaupun ada menunjukkan sedikit penurunan selepas bersalin, saya tidak boleh mengamalkan diet yang terlampau ketat kerana anak masih lagi menyusu badan.

“Sejujurnya, saya bertuah kerana mampu memberi susu badan secukupnya pada anak saya. Ia menggembirakan saya. Perkara itu juga membuatkan saya tak kisah dengan berat badan saya,” katanya.

Mengakui agak tertekan kerana perlu menghadapi ‘mulut berbisa’ daripada masyarakat sekeliling, pelakon filem Nana Tanjung ini beranggapan ia adalah lumrah hidup bagi seseorang yang bergelar selebriti.

“Biasalah, masyarakat di luar sana, kalau boleh mahukan sesiapa saja artis yang baharu bersalin terus menjadi kurus seperti biasa. Tapi, ada juga sesetengahnya yang memerlukan masa.

“Saya sedar akan kehendak industri seni kini yang dibanjiri dengan kehadiran muka baharu.

“Semuanya perlu kelihatan cantik dan langsing bagi mendapatkan perhatian dan ini sebenarnya berlandaskan kepada pengalaman saya sendiri yang sudah lama terjebak dalam bidang ini,” katanya yang juga memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");