Jenayah

Bekas pengerusi belia dipenjara guna kedudukan beri suami projek

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengerusi pertubuhan belia dipenjara tujuh hari dan denda RM200,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan status jawatan bagi memberi kontrak projek kepada suaminya.

Tertuduh, Khatijah Mohamad, 30, yang kini bekas Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) cawangan Maokil 2, Segamat, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Khatijah didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");