Jenayah

Heroin baju hujan RM7,000

Kuala Lumpur: Seorang pengedar dadah dikesan menggunakan taktik menyembunyikan peket heroin di dalam baju hujan bagi mengaburi kegiatan jenayah dilakukan.

Suspek berusia 56 tahun itu bagaimanapun diberkas selepas kediamannya di Jalan Cheras di sini, diserbu polis kelmarin, susulan intipan dilakukan.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan suspek yang disyaki mengedar heroin sejak dua bulan lalu.

Ketua JSJN Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, hasil pemeriksaan di kediaman suspek menemui satu beg plastik yang mengandungi heroin seberat 274 gram dianggarkan bernilai RM7,000.

“Suspek didapati menyembunyikan bungkusan plastik berwarna merah itu di dalam beg baju hujan dipercayai miliknya bagi mengaburi mata polis.

“Beg itu kemudian disorok di dalam salah satu bilik di rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, suspek yang juga penganggur dipercayai akan menjual dadah berkenaan di sekitar Lembah Klang.

“Polis masih menyiasat sama ada suspek bergerak bersendirian atau mempunyai rangkaian sindiket yang membantunya mengedar dadah,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");