Panasnya Hari Ini

BERSIH 4.0: Polis Akan Ambil Tindakan Jika Ganggu Ketenteraman Awam

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menghalang penganjuran perhimpunan aman atau BERSIH 4.0 yang dirancang pada hujung bulan ini selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

Memetik sumber Freemalaysiatodaya, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis hanya akan bertindak sekiranya peserta perhimpunan berkenaan melanggar peraturan.

“Polis ini selalu patuh kepada undang-undang. Apa juga tindakan polis adalah berlandaskan kepada undang-undang.

“Kalau BERSIH buat sesuatu yang melanggar ketenteraman awam dan polis rasa itu merupakan tindakan salah, maka tindakan akan diambil”, katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Ops Selamat 2015 di Terminal Bersepadu Selatan pada Rabu.

Beliau turut memberi amaran tindakan mengikut Akta Hasutan akan diambil sekiranya perhimpunan itu bertujuan menghasut orang ramai menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika perhimpunan itu lebih kepada hasutan orang ramai untuk jatuhkan Perdana Menteri, tindakan akan diambil” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");