Jenayah

Budak lemas di Air Terjun Serendah

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui mati lemas ketika mandi di kawasan air terjun Serendah dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa, Ahmad Fahmi Ahmad Kadir yang berasal dari Bukit Beruntung telah pergi ke kawasan itu bersama bapa dan sepupunya pada 2.30 petang.

Beliau berkata, mangsa kemudian mandi bersama dua sepupunya sambil diperhatikan bapanya dari atas (darat) di kawasan air terjun itu.

“Kira-kira sejam kemudian, bapa mangsa menyedari anaknya telah tiada.

“Hasil bantuan orang ramai, mangsa berjaya dikesan tidak jauh dari tempat dia dikatakan lemas.
“Bagaimanapun, ketika ditemui mangsa sudah tidak bernafas,” katanya.

Mayat Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");