Sukan Hari Ini

Cubaan terakhir Sonia

Kuala Lumpur: Selepas dibelenggu masalah kecederaan berulang, Sonia Cheah (gambar) akan cuba beraksi buat kali terakhir tahun depan sebelum memberi bayangan menggantung raket jika masih gagal menyerlah.

Bekas pemain perseorangan wanita nombor satu negara itu berdepan masalah kecederaan berpanjangan dan mengaku akan kembali turun ke gelanggang tahun depan.

“Saya sedar masalah kecederaan ini berlarutan agak lama dan tidak ada siapa tahu apa yang sedang saya hadapi. Kekecewaan sentiasa menghantui saya,” katanya yang mengalami kecederaan tumit sebelum Kejohanan Dunia 2013 Guangzhou.

Selepas beberapa kali menjalani pembedahan termasuk berdepan masalah komplikasi, dia kembali beraksi Februari tahun ini namun sekali lagi dihantui masalah kecederaan sejurus menamatkan aksi di Cabaran Antarabangsa Terbuka Perancis, Mac lalu.

“Saya tidak akan berhenti lagi. Bukan masanya untuk berbuat demikian. Jurulatih dan keluarga sentiasa berdiri di belakang saya. Saya tidak mahu mengecewakan mereka.

“Saya akan cuba sekali lagi. Doktor yang merawat saya juga menjangkakan saya akan kembali beraksi tahun depan,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Ujarnya, dia mula menjalani latihan seperti biasa sejak dua minggu lalu walaupun agak terbatas namun menunjukkan tanda-tanda peningkatan.

“Latihan saya sekarang ini terarah kepada pemulihan dan pergerakan ringan di dalam gelanggang,” katanya yang mendapat bantuan menyeluruh Institut Sukan Negara (ISN).

Keputusan terbaik Soniia tahun ini adalah mara sehingga ke peringkat suku akhir Cabaran Antarabangsa Terbuka Iran 2015 dan sekarang menduduki tangga ke-239 dunia.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");