Perak Hari Ini

Daerah kecil Selama Perlu Dijadikan Daerah Penuh: Mohamad Daud

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yussof memohon agar Daerah kecil Selama dijadikan sebagai daerah penuh bagi membantu membangunkan kawasan tersebut dengan lebih pesat.

Ujarnya mengikut warta 421, bertarik 3 Julai 1900 Daerah kecil Selama telah pun menjadi Daerah.

“Memandangkan perkembangan yang berlaku, Daerah itu juga mempunyai sekitar  74.9 persegi, tiga mukim dan skim sistem pendaftaran berkomputer Daerah Selama itu adalah tersendiri.

“Banyak pembangunan dituju kepada Taiping dan Kemunting walaupun untuk Larut Matang dan Selama adanya daerah penuh maka pembangunan dapat dikhususkan pada Daerah Selama,” katanya.

Terdahulu beliau turut meminta supaya pihak Kerajaan negeri membuat pemantauan terhadap pembinaan projek perumahan melibatkan pihak swasta yang dikatakan kurang memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik.

“Kaedah pembangunan perumahan oleh pihak swasta iaitu melibatkan 20 ekar dan keatas ada beberapa syarat iaitu 10 peratus kos rendah, 20 peratus sederhana, 30 peratus mampu milik, 50 peratus harga terbuka.

“Perlu diadakan penguatkuasaan didalam konteks pemaju bila ingin keluarkan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu dikuatkuasakan selepas pembinaan rumah jenis kos rendah,” katanya.

Beliau turut berharap pembinaan kolej Kemahiran Tiggi Mara dapat dilaksanakan secara fizikal kerana ianya telah berlarutan sejak tahun  2004 lagi serta pembinaan Masjid Daerah yang menjangkau usia 100 tahun dan kini berhadapan dengan  pemendapan serta tidak dapat menampung jemaah yang begitu ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");