Perak Hari Ini

‘Dalam Islam, Haram Gulingkan Kerajaan’ – Harussani

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, bahawa di dalam Islam hukum menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah adalah haram.

Katanya, sebagai umat Islam, mereka digalakkan menasihati pemimpin sekiranya mendapati kerajaan sedia ada adalah zalim.

Beliau berkata, oleh sebab demikian, Majlis Ulama Umara’ telah ditubuhkan untuk menasihati kerajaan supaya sentiasa memimpin Negara berlandaskan agama Islam.

“Kita sekarang telah menubuhkan Ulama Umara yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri dan juga Mufti.

“Kita ada persidangan tiga bulan sekali. Kita akan beri nasihat. Ini telah kita laksanakan,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan D’Asnaf Café, di sini, hari ini.

Beliau menjawab demikian ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa terdapat individu pihak yang ingin menggulingkan kerajaan.

Harussani turut menjelaskan bahawa menteri atau ahli Exco negeri tidak perlu mengangkat sumpah semula bagi menunjukkan taat setia kepada kerajaan.

“Saya dah buat peringatan kerana setiap Menteri, ahli-ahli Exco kerajaan bahkan kakitangan kerajaan telah ada ikrar dan bersumpah dengan nama Allah.

“Mereka bersumpah dimana mereka akan mengikuti dan melaksanakan mengikut perlembagaan,” katanya.

Ujarnya lagi, sumpah tersebut perlu dilaksanakan selagi ianya tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan oleh agama.

“Selagi sumpah itu tidak melanggar syarak. Wajib dilaksanakan.

“Kalau dia bersumpah untuk melaksanakan perkara yang melanggar syarak, wajib dia batalkan sumpah tersebut dan perlu membayar denda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");