Berita Hari Ini

Diskaun untuk pesalah trafik

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bakal menawarkan diskaun sehingga 70 peratus kepada mana-mana individu yang mempunyai kompaun kesalahan trafik bermula 1 September ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata, kadar pengurangan itu akan diberikan dalam tempoh sebulan iaitu sehingga penghujung September depan bagi membolehkan orang ramai membuat bayaran.

Menurutnya, pengurangan kadar kompaun ini dilaksanakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun MPT kali ke-36 tahun ini di samping pelbagai aktiviti lain turut dirancang.

“Kita rasa tempoh sebulan yang diberikan ini sudah memadai dan perlu digunakan sebaik mungkin oleh orang ramai untuk menjelaskan kompaun yang diterima” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPT, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahim berkata, sejak 2013 hingga 2015, terdapat 255,818 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Daripada jumlah tersebut, nilai kompaun pula adalah sebanyak RM6.3 juta, namun sehingga kini hanya 72,887 kompaun dijelaskan membabitkan nilai sebanyak RM1.4 juta,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa sama, daripada jumlah terbabit, sebanyak 1,046 kompaun sudah pun didaftarkan di Mahkamah Majistret.

“Malah, kita juga telah menahan empat individu yang mempunyai banyak kompaun dan enggan membuat bayaran.

“Penguat kuasa MPT dari masa ke semasa akan menjalankan penguatkuasaan dan diharap dengan kesempatan diberikan ini lebih ramai individu mengambil peluang menjelaskan kompaun,” katanya.

Selain itu, Abdul Rahim berkata, kesempatan ini juga seharusnya diambil oleh pihak-pihak kontraktor kerana sekiranya didapati mereka turut mempunyai kompaun dengan pihak MPT, mereka perlu menjelaskannya terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal, mereka tidak akan dibenarkan untuk menyertai tender yang ditawarkan pihak MPT,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");