Sukan Hari Ini

Faktor pengalaman pemain jadi pemisah

PENGALAMAN jelas menjadi faktor penentu utama pasukan hoki UniKL selepas mereka gagal meraih tiga mata pertama Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL).

Anak buah Arul Selvaraj ini tewas tipis 1-0 menentang penyandang juara Piala Sumbangsih, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, kelmarin.

Dalam aksi itu, biarpun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, UniKL tetap memberikan tentangan sengit kepada KLHC.

Ketangkasan penjaga gol UniKL, Khairulnizam Ibrahim juga menghalang barisan serangan KLHC yang jelas memberi tekanan kepada lawan.

Bagaimanapun, kubu UniKL akhirnya bocor di tangan bekas ketua pasukan mereka yang kini beraksi bersama KLHC, Muhammad Noor Faeez Ibrahim.

Muhammad Noor Faeez menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-26 perlawanan.

Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, UniKL kembali mengatur langkah namun ketumpulan barisan penyerang dan kekebalan pertahanan lawan yang di ketuai oleh kapten negara, Razie Rahim jelas menjadi penghalang kepada UniKL.

Kekalahan ini meletakkan UniKL di tangga kelima liga dibezakan oleh perbezaan jaringan dengan pasukan di tangga keenam Maybank.

KLHC rampas puncak liga

Kejayaan merangkul tiga mata malam kelmarin menyaksikan KLHC kini merampas kedudukan pendahulu daripada Sapura.

KLHC berkongsi tujuh mata bersama Sapura, yang sebelum itu mencatat kemenangan kedua selepas menewaskan Maybank 2-1. Jurulatih Sapura, Tai Beng Hai percaya, pasukannya mampu meraih kemenangan lebih besar.

Ini kerana katanya, deretan peluang terhidang gagal disempurnakan.

“Saya harap momentum kami akan konsisten untuk aksi seterusnya,” kata Beng Hai.

Dalam aksi lain, juara dua kali, Pasukan Hoki Terengganu (THT) berpesta gol selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 5-0 untuk merekodkan kemenangan kedua.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");