Jenayah

Ibu ditahan dera anak tiri OKU

Jempol: Seorang wanita berusia 26 tahun ditahan kerana dipercayai mendera anak tirinya, 15, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) di rumah di sebuah tanah rancangan FELDA, di sini, semalam.

Difahamkan, perbuatan wanita terbabit terbongkar apabila seorang guru sekolah tempat mangsa belajar mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dan badan mangsa.

Guru terbabit bertanyakan remaja itu dan dia mendakwa dipukul ibu tirinya di bahagian kepala, belakang badan dan paha.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, pihak sekolah membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum polis menjalankan siasatan lanjut terhadap mangsa dan menahan suspek.

“Hasil soal siasat, ibu tirinya mengaku memukul mangsa menggunakan penyangkut baju dan tali pinggang kerana mangsa degil dan tidak mendengar cakap,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");